Sunday, 8 April 2012

Mayat Bayi Dalam Plastik




POKOK SENA – Seorang peniaga tidak menyangka bau busuk dari sebuah bungkusan beg plastik hitam yang ditemui di warungnya di Kampung Sungai Mati dekat sini, petang kelmarin rupa-rupanya mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat.
Rusdi Abd Aziz, 45, yang tidak berniaga pada Jumaat dan Sabtu berkata, dia hanya menyedari bungkusan berkenaan kira-kira jam 6 petang kelmarin sewaktu dalam perjalanan ke Pekan Langgar untuk membeli barang.
Menurutnya, dia berpatah balik untuk melihat kandungan bungkusan itu, namun bau busuk dari bungkusan itu membuatkannya berasa tidak sedap hati lalu memanggil beberapa penduduk kampung di situ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...