Assalamualaikum
Korang tempah tiket flight tapi ejaan nama silap?? ha, gelabah? jangan risau..hal kecik je tu..dulu aku pun gelabah jugak..ingatkan kena beli tiket baru..huhu..Nama ayah aku dalam IC aku ada title "HJ"..walaupun 2 huruf je, tapi penting tau..nama kena ikut sebijik macam dalam IC/passport..tapi klau flight domestic, dengar kata pegawai tu pejam mata je setakat takde title "HJ" tu..tapi untuk langkah berhati-hati kena pastikan nama sama macam dalam IC/passport la..untuk "Bin/Binti" tu tak letak pun takpe..
Kali ni aku nak share la cara untuk betulkan nama pada tiket airasia..ada beberapa cara..pilih la mana-mana pun..
1. E-form
Buka website airasia > login > account booking > isi e-form
Kena attach salinan IC dan PASSPORT
2. Live Chat Air Asia
Lepas isi e-form tadi, air asia akan bagi nombor case melalui email. Buka live chat air asia,pastu bagi nombor tadi kt depa..ni kena tunggu giliran untuk chat dengan admin airasia tu..lepas dapat chat, dalam masa 5 minit je depa akan betulkan nama kita tu..
3. Twitter
Tanya melalui twitter pun bleh..korang tweet je @askairasia..tanya la apa-apa pun kat admin tu..tak lama lepas tu depa akan respon..Tapi waktu office hour la.. dari pukul 9 pagi sampai 6 petang..
4. Pergi kaunter Air Asia
Aku guna cara ni..senang, jumpa depan-depan, boleh tanya apa-apa je..bagi puas hati..boleh pergi ke kaunter depa kt airport atau mana-mana mall yang ada..tapi untuk cara ni paling awal pun 2,3 hari baru depa siap betulkan..free je klau setakat 2 huruf..kalau banyak huruf tu tak tau la kan..
So setakat ni je la perkongsian aku..lepas ni nk terbang pergi Osaka..bye